Saturday 29 December 2012

Anak C Betina Nak Di Lepaskan (SOLD)




Seekor anak c betina nak di lepaskan. Murah jer. Banyak sangat dah induk. Kapasiti reban dah menghampiri maksimum. Warna kuning cair. Ayam kecil halus.

Friday 28 December 2012

Balung ok dah

harapkan balung jer ok . badan merayap. simpan jer lah buat pembaka. yang benarnya rezeki juga.

Friday 21 December 2012

Induk Lagi



Anak betina nak masuk remaja simpan buat induk. Leher panjang ketar.  Induk lagi..........

Saturday 8 December 2012

Kenangan dan Harapan


Ayam-ayam ini adalah dari bloodline penggiat serama di Sura Tengah Dungun.  Beliau saya kenali sebagai Ja. Beliau lebih kepada breeder. Pembaka Kubing, Induk Kelabu dan Induk Kuning ini berasal dari baka-baka yang terdapat di rumahnya.  Sayangnya Pembaka Kubing dana Induk Kelabu telah mati ……mati mengejut dan pastinya masih dalam kenangan.  






Induk-Induk muda dibawah adalah antara yang sempat disimpan dari bloodline ini dan yang pastinya menggalas harapan.





yang ini dari bloodline arwah induk kelabu






Yang kuning dibawah ni anak induk kuning

Saturday 1 December 2012

anak-anak dimusim hujan






banyak anak2 yg mati agaknya dek cuaca yg tak menentu atau lebih tepat tak ada rezeki.  dari 9 ekor hanya tinggal 4 ekor yg masih bernyawa ketika ini.

ni adalah satu-satunya abang kepada adik2 di atas yg sempat disimpan. tinggi slim, leher ketar.

Tuesday 20 November 2012

Terkini dari Bloodline Sifu K




dikesempatan hujung minggu lepas, ST kerumah sifu K @ sifu Kamarulzaman Ismail. pembaka ara @ manisan hangus berserta 2 induk ni adalah ehsan terbaru dari sifu K. ST sangatlah terharu dan bebanyak terimakasih di atas kepercayaan sifu K melepaskan bloodlinenya. ST akan sedaya upaya menjaga ketulenan bloodline ini.  Buat masa ini bloodline sifu K adalah bloodline utama di ST.  Setakat ni ST mempunyai 2 pembaka dan 4 induk dari bloodline sifu K.  moga ada rezeki ST dlm kesinambungan bloodline sifu K.


Saturday 3 November 2012

Induk masa depan



saiz aaa. harapan utk bertelur 50-50
tarik, selam, ketar  dengan dada yg agak besar
biasa2 jer yg ni


 




 

Friday 2 November 2012

hasilnya 4 anak

gabungan pembaka utama dgn induk slim menghasilkan 4 anak. baru jer 3 hari menetas. moga membesar ngan jayanya.

Tuesday 25 September 2012

Pembaka Baru

Pembaka ni milik seorang teman. pinjam jerr..ayam kecil molek. tapi ekor tak berapa nak tegak.

Sunday 23 September 2012

Anak-anak pembaka utama



ada 10 ekor anak-anak pembaka utama yg baru 4 hari menetas dari dua induk. harap-harap dapat membesar dengan jayanya. kini pembaka ni digandingkan pula dengan induk slim berbulu kemas. 
Pembaka utama ni adalah ehsan Kamaruzaman  Ismail penggiat serama yg rasanya tak kurang hebatnya.  Induk terkini yg digandingkan dgn pembaka utama juga merupakan ehsan beliau. Terima kasih kepada Kamaruzaman.


Friday 14 September 2012

Pembaka Utama



inilah pembaka utama. pembaka ini dgn ehsan penggiat serama terkemuka suatu ketika dulu. biarlah dirahsiakan nama beliau buat seketika sementara ST mendapatkan keizinan beliau.